Wednesday 16 August 2017

Permohonan Visa Australia

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah permohonan visa ke Australia sangatlah mudah. Saya hanya berurusan dengan travel agent melalui whatsapp sahaja. Within 48 hours, email dah diterima yang menyatakan bahawa visa saya, suami dan 3 orang anak telah diluluskan.

Kalau korang nak mohon visa boleh ikut step dibawah ye. Hanya RM20 seorang. Visa ni valid selama 1 tahun.

...............................................................................................................................................................

Dengan menggunakan handphone, sila ambil gambar paspot & MyKid (jika kanak kanak) dengan jelas & terang

Kemudian, hantarkan permohonan anda melalui WhatsApp kepada:

www.wasap.my/60133878778 (Azlinda)
www.wasap.my/60192289964 (Noor Khalini)

Dokumen yang diperlukan:
1) Dewasa : Salinan Passport
2) Kanak - Kanak: Salinan Passport & MyKid
3) Visa: RM20.00 seorang
4) Slip Bayaran: Maybank 562731 106404 (atas nama syarikat Eye M Hear Holidays)
5) Email Address
6) Tarikh Penerbangan

**Anda akan menerima emel TERUS dari Australia sebaik kami key in email anda mengenai keputusan permohonan visa anda**

Terdapat 3 jenis KEPUTUSAN:
a) Kelulusan Serta Merta
b) Penangguhan Kelulusan selama 12 jam
c) Kegagalan Permohonan - digalakkan merayu secepat mungkin kerana keputusan rayuan memakan masa selama 2 minggu

Hari Permohonan: ISNIN - JUMAAT
Waktu Permohonan: (9AM - 6PM)

PERMOHONAN VISA AKAN KAMI PROSES MENGIKUT GILIRAN YANG  KAMI TERIMA

Sekian, terima kasih
EYE M HEAR holidays
...................................................................................................................................................................

Nanti korang akan dapat email macam di bawah sekiranya visa telah diluluskan. Jika visa anda ada masalah atau tak diluluskan, pls refer kpd travel agent semula ye. Kerajaan Australia takkan beritahu kenapa visa tak diluluskan. Jadi tugas travel agent tersebut untuk menyemak permohonan anda dan dorang akan bagitau semula supaya korang menyediakan supporting document yang diminta oleh kerajaan Australia.

...................................................................................................................................................................

ETA APPROVAL 04AUG17/1733
FAMILY NAME MUHAMMAD FAIRUZ ZAMIR AUSTRALIAN GOVT
GIVEN NAMES AHMAD AQIL
PASSPORT A40589893 MYS EXPIRY DATE 31JUL2022
DATE OF BIRTH 28JAN2016 SEX M COB MYS
TYPE OF TRAVEL T TOURIST
ENTRY STATUS UD/601 ETA
AUTHORITY TO ENTER AUSTRALIA UNTIL 04AUG2018
PERIOD OF STAY 03 MTHS
MULTIPLE ENTRY
NO WORK - BUSINESS VISITOR ACTIVITY ONLY
ETA APPROVED

Friday 26 July 2013

Pengalaman Keguguran

Assalamualaikum wbt

Dah lama rasanya tak tulis blog. Lama sesangat! Mood ke laut. Banyak cerita yang nak dikongsi tapi malas nak menaip.

Oklah. Mood nak menaip tetiba je datang sebabnya saya kena warded kat hospital sebab miscarriage (betul tak idak aku eja ni ntah. lantaklah!) hahaha. Usia kandungan saya sepatutnya dah mencapai 3 bulan based on 1st scan. Tapi semalam tetiba je perut rasa sakit macam period pain. Pastu saya ignore je sebab ingatkan normal pain. Pastu alih2 lepas je buka puasa terasa macam ada benda keluar ikut "bawah". Rupa- rupanya bleeding. Pastu cepat2 bgtau husband. Lepas maghrib tu terus rushing ke klinik pakar wanita kat Sri Rampai. Nama klinik tu Subasri Dan Gan. Sampai je sana, registration kata takde doktor wanita. Husband terus ajak pergi Hospital Pusrawi. Sampai je Pusrawi di bahagian kecemasan, Dr scan tak nampak baby. Hanya nampak kantung je..Masa tu dah start sedih dah..Pastu Dr tu suruh refer pada pakar o&g pagi esoknya.

Pagi tu sekali lagi saya pegi Klinik Subasri Dan Gan utk buat chekup. Pakar kat situ pun bgtau benda yang sama kat saya. Baby dah tak ada. Kali ni memang betul2 sedih sebab dah 2 orang Dr check! So dia buat referring letter ke Pusrawi. Mulanya bleeding takde la teruk sangat. Tapi masa tengahari tu (sementara tunggu hubby solat jumaat) bleeding sgt2 teruk! banyak!berketul2! habis penuh seat kereta and lencun basah seluar saya dengan darah! Masa ni dah start sakit dan sikit2. Call hubby tak dapat2. Risau sangat takut darah berterusan keluar. Nasib baik ok, takde apa2 yang kritikal.Alhamdulillah. Saya dah menangis2 kat dalam kereta tu. Masa tu dah tak peduli dah sape2 yang lalu lalang tu. Lantak la dorang nk pikir apa! hahaha.

Pastu dh habis solat jumaat husband masuk kereta tengok darah dah banyak..ha! kelam kabut dia! hihi..pastu kiteorang bergegas ke hosp pusrawi. Tapi singgah Petronas dulu nak tukar pad yang dh lencun dengan darah tu..huhu. Sampai je pusrawi terus pergi kecemasan. Dr lelaki yang datang check.    Tapi ok la jugak. Dr tu profesional. Dia check kejap2 je..Pastu tunggu approve dari syarikat insurans. Tunggu punya tunggu rupanya koperasi tentera under AIA Insurance tak cover maternity treatment. Pulak dah! buat penat je tunggu! Pastu saya suruh hubby tanyakan anggaran kos kalau nak bayar cash. Nurse yang bertugas tu kata almost rm2k and above! gila hape. Dah macam orang bersalin!

Pastu kiteorg decide nak pergi HKL. Alhamdulillah sampai je hkl terus disorong utk buat rawatan. Sebab masa tu saya dah bleeding teruk sgt. Dah 4 pad basah lencun! Masa Dr suruh salin kain nak buat treatment, tup2 jatuh darah ketul segenggam penumbuk! rupanya kantung saya dah lekang. patut la sakit macam orang nak beranak! Sakit giler kot!!! Alhamdulillah kantung tu keluar sendiri. mungkin sebab berkat tunggu husband saya solat jumaat dulu. Alhamdulillah. syukur sangat2! harap2 esk Dr check dah xde saki baki dalam perut ni..So, xyah la cuci. Orang kata cuci rahim tu sakit. betul ke? ntah la..saya berharap sangat esk sy dah boleh discharge tanpa perlu buat apa2 treatment lagi! Amin!!

(26 Jul 13 anak ibu pergi meninggalkan ibu..tunggu ibu di syurga ye sayang..i'll miss u sayang..maybe bila awak lahir di dunia ibu tak dapat nak menjagamu dengan baik..Allah tahu apa yang terbaik utk kita sayang..Ibu redha dgn takdir Allah..)

Tuesday 4 June 2013

Shopping Online: Thepoplook & Tudung People

Assalamualaikum wbt

Semalam dah sampai parcel daripada thepoplook dan tudung pople! Nasib baik time tu ada kat rumah. Bermalas-malasan sebelum pergi keje. So, abg posmen pun tekan loceng rumah menandakan ada barang sampai…hihi

Abg posmen pun cakap “ Pn Masfizah ke?” Saya menjawab “ Ye saya” (Dalam hati dah berbunga riang) haha! “Puan ada 2 parcel kan?” Sambil tersenyum-senyum terus ambil and sign borang abg posmen tu. Masuk je rumah, dengan rakusnya terus buka parcel yang diterima!! hahaha…sangat hepi okkk!

Actually, sebelum ni dh pernah beli dari thepoplook dan tudung people ni. Tapi yang excited terlebih kali ni sebab baju dan tudung ni dipilih oleh suami saya ok! Tak sabar nak tunjuk kat dia! Sebelum ni beli secara tersembunyi,,hehe..

So, nk tahu apa yang saya beli? tunggu next entry ya!!!

p/s: Korang pun boleh shopping dekat thepoplook dan tudung pople ni. Korang akan rambang mata macam saya jugak hokey! Korang kena cepat grab apa yang berkenan dalam hati. Kalau tak memang telan air liur jelaaa. Item dorang ni mcm pisang goreng panas!